Nilai R adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.
Contohnya: Jika Nilai R 2.2 bermaksud: 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.
Pematuhan Terbaik adalah DUDUK DI RUMAH, hanya keluar jika ada urusan penting
Analisa Institut Kesihatan Negara (NIH) menganjurkan Nilai R pada sela masa tertentu boleh meningkat kepada 2.2 atau jangkitan kes COVID-19 harian menjangkau empat angka menjelang hujung Oktober 2020 |
Usaha-usaha kerajaan telah berjaya mengekang peningkatan Nilai R di bawah 1.6 pada masa ini. (Awal November 2020). Kerajaan tidak mampu untuk menurunkan Nilai R sedia ada tanpa kepatuhan rakyat kepada SOP yang ditetapkan
Nilai R digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan. Semakin tinggi Nilai R, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan. Ini membolehkan Kerajaan merancang strategi langkah kawalan dan pencegahan terhadap penyekit ini. Selain itu, Nilai R juga boleh menunjukkan sama ada sesuatu tindakan kawalan dan pencegahan yang telah dan sedang dilakukan berkesan atau tidak.
Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 10 Mac 2020, Nilai R ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada perintah dan SOP yang diperkenalkan.
Malaysia mulai mencatatkan semula Nilai R yang tinggi pada 7 September 2020 iaitu 1.7. Ini adalah susulan situasi peningkatan kes COVID-19 di negeri Kedah dan Sabah pada ketika itu. Nilai R yang tinggi di kedua-dua negeri ini telah memberi kesan besar terhadap Nilai R negara. Nilai R kemudiannya dilihat tidak stabil dan kekal melebihi 1.0
Nilai R pada permulaan Gelombang Ke-3 ( 20 September 2020 ) adalah 2.2, tetapi dalam tempoh empat (4) minggu ianya telah menurun kepada 1.5. Ini bermakna setakat ini usaha yang dijalankan telah dapat mengelakkan daripada peningkatan kes secara mendadak seperti dalam graf unjuran ini (garisan R = 2.2)
Meskipun begitu, jika dilihat pada carta palang ini (iaitu jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari), didapati ianya masih mengikuti garisan unjuran Nilai R = 1.5. Oleh itu, boleh dijangkakan kes harian COVID-19 masih akan meningkat tetapi bukanlah secara mendadak.
Jika rantaian jangkitan dapat diputuskan, ianya akan mengawal penularan dan Nilai R juga akan turun lebih rendah daripada 1.0 sehingga kurang daripada 0.3
Dengan langkah kawalan dan pencegahan, penularan kepada individu lain dapat dihentikan dan seterusnya Nilai R akan berkurang. Antara langkah kawalan dan pencegahan adalah seperti: