COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PULSE OXIMETER

Pulse oximeter merupakan suatu peranti perubatan yang digunakan untuk mengukur kadar oksigen di dalam badan. Pengimportan dan pengedarannya di dalam pasaran dikawal oleh MDA di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Ia perlu berdaftar di bawah Akta ini untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya sebelum boleh dipasarkan. Untuk mendapatkan pulse oximeter yang berdaftar dengan MDA, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan melalui pautan berikut sebelum membuat pembelian; SEMAK PULSE OXIMETER BERDAFTAR  (Sumber : FB Rasmi Medical Device Authority)