i. Permohonan untuk masuk ke Malaysia bagi pengembara bukan warganegara yang memerlukan kelulusan MyTravelPass / MyEntry boleh dipohon secara atas talian melalui portal MyTravelPass / MyEntry.
ii. Pembayaran ujian saringan COVID-19 bagi bukan warganegara dan bayaran kuarantin untuk pengembara yang masuk ke Malaysia perlu dibuat di pautan : https://safetravel.myeg.com.my
iii. Setelah selesai pembayaran, pengembara akan diberikan kod QR yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk pengesahan pembayaran semasa ketibaan.
iv. Pengembara perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan ujian RT-PCR COVID-19 selewat- lewatnya dua (2) hari sebelum berlepas.
v. Hanya pengembara yang mempunyai keputusan negatif ujian COVID-19 boleh meneruskan penerbangan ke Malaysia.
vi. Pengembara yang memenuhi kriteria dan ingin menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman di Malaysia perlu membuat permohonan rasmi dengan memohon di portal Home Quarantine Application (HQA) di pautan https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index 4 - 10 hari sebelum tarikh ketibaan.
vii. Sekiranya permohonan diluluskan, pengembara perlu membawa emel kebenaran kuarantin di rumah atau tempat kediaman.
viii. Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengisi deklarasi kesihatan dalam aplikasi MySejahtera.