COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19)

Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) ditubuhkan oleh Kerajaan bagi membantu orang awam dalam menyelesaikan pertikaian yang berbangkit daripada ketidakupayaan untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada mana-mana kategori kontrak dalam Jadual [Seksyen 7] Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 [Akta 829] yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19. Nilai pertikaian untuk proses mediasi di bawah PMC-19 hendaklah tidak melebihi RM500,000.00.

Sila Lawati http://www.pmc19.gov.my/ Untuk Informasi Terperinci