COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Soalan 1: Apakah SOP terbaharu untuk kes positif COVID-19?
Question 1 : What is the latest COVID-19 SOP for positive cases?
Bermula 5 Julai 2023, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau ‘Home Surveillance Order’ (HSO) akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala.

As of 5th July 2023, Home Surveillance Order (HSO) will be given for five (5) days starting from the date symptoms started through the MySejahtera application
Soalan 2 : Bagaimanakah cara untuk mendapatkan HSO?
Question 2 : How can I get the HSO?
Keputusan ujian saringan COVID-19 termasuk RTK-Antigen kendiri perlu dilaporkan di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan sijil digital HSO.

All COVID-19 screening test results including the self-test must be reported in MySejahtera to obtain a HSO digital certificate.
Soalan 3: Apakah yang perlu dilakukan sekiranya telah tamat tempoh pengasingan (isolasi)?
Question 3 : What should be done after completing the isolation period?
Setelah tamat tempoh pengasingan selama lima (5) hari, aktiviti harian boleh dilakukan namun perlu mengambil langkah-langkah pencegahan sehingga hari ke-10 jangkitan bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan COVID-19 kepada orang ramai.

After completing five (5) days of isolation period, daily activities can be resumed but it is necessary to take preventive measures until the 10th day of infection to avoid the risk of spreading COVID-19 infection to others.
Soalan 4 : Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan setelah tamat tempoh pengasingan?
Question 4 : What are the preventive measures that need to be taken after the isolation period?
Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil sehingga hari ke-10 jangkitan adalah seperti di bawah:
• Memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah
• Membuat perjalanan yang perlu sahaja
• Elakkan berada di tempat yang sesak
• Sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer
• Elakkan melawat kumpulan berisiko tinggi
• Memastikan pengudaraan yang baik


The preventive measures that need to be taken until the 10th day of infection are as below:
• Wearing face mask when leaving the house
• Make only necessary trips
• Avoid being in crowded places
• Always wash hands with soap and water or hand sanitizer
• Avoid visiting high-risk groups
• Ensure good ventilation
Soalan 5 : Adakah tempoh HSO dikira daripada tarikh bermula gejala atau tarikh keputusan ujian COVID-19 positif?
Question 5 : Is the duration of HSO counted from the date of symptom onset or the date of positive COVID-19 test?
Tempoh HSO dikira daripada tarikh bermula gejala. Contohnya, sekiranya onset gejala pada 1 Disember tetapi keputusan ujian COVID-19 hanya positif pada 3 Disember 2023, tempoh HSO adalah daripada 1 – 5 Disember 2023 (selama 5 hari)

The duration of HSO is counted from the date of symptom onset. For example, if the onset of symptoms is on 1 December but the result of the COVID-19 test is only positive on 3 December, the duration of HSO is from 1 – 5 December 2023 (for 5 days).
Soalan 6 : Adakah kontak rapat kepada kes COVID-19 perlu menjalani kuarantin?
Question 6 : Do close contacts of COVID-19 cases need to undergo quarantine?
Bagi kontak rapat yang bergejala digalakkan untuk menjalani kuarantin kendiri dan melakukan ujian RTK-Antigen kendiri pada hari gejala bermula dan sekiranya negatif, ulang pada hari ketiga. Sekiranya keputusan ujian RTK-Antigen kendiri kekal negatif dan gejala berkurangan, aktiviti-aktiviti luar boleh dijalankan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian RTK-Antigen kendiri menjadi positif dalam tempoh masa pemerhatian gejala.
Kontak rapat yang tidak bergejala boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa namun perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dalam tempoh lima (5) hari dari hari terakhir pendedahan kepada kes positif COVID-19.

Symptomatic close contacts are encouraged to undergo self-quarantine and perform RTK-Antigen self-test on the first day of symptoms and if negative, to repeat on the third day. If the self-test results are negative and the symptoms are reduced, outdoor activities can be carried out by practicing preventive measures. HSO will be given if the self-test results are positive within the symptom observation period.
Close contacts who do not have symptoms can carry out daily activities as usual but need to practice preventive measures within five (5) days from the last day of exposure to a positive case of COVID-19.
Soalan 7. Perlukah saya mengulang semula ujian kendiri setelah tamat tempoh kuarantin?
Question 7 : Do I need to repeat self-test after completing the isolation period?
Ujian saringan COVID-19 termasuk ujian RTK-Ag kendiri ulangan tidak perlu dilakukan setelah tamat tempoh kuarantin yang diberikan. Namun begitu, langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Repeating COVID-19 screening tests including the self-test after completing the isolation period is not necessary. Nevertheless, preventive measures must be taken to reduce the risk of transmission of the COVID-19 infection.
Soalan 8 : Apakah yang perlu dilakukan sekiranya masih bergejala setelah tamat tempoh pengasingan?
Question 8 : What should be done if I still have symptoms after completing the isolation period?
Sekiranya masih bergejala setelah tamat tempoh pengasingan dinasihatkan untuk ke Klinik Kesihatan yang berdekatan bagi mendapatkan penilaian kesihatan. Langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka digalakkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

If symptoms persist after completing the isolation period, it is advisable to go to the nearest health facility to get a health assessment. Preventive measures such as wearing face mask are encouraged to reduce the risk of transmission of the COVID-19 infection.
Soalan 9 : Apakah yang perlu dilakukan kepada golongan berisiko tinggi yang dijangkiti COVID-19?
Question 9 : What to do if high risk groups are infected with COVID-19?
Golongan berisiko tinggi yang dijangkiti COVID-19 dinasihatkan untuk segera ke Klinik Kesihatan yang terdekat walaupun mengalami gejala ringan bagi mendapatkan penilaian kesihatan dan ubat antiviral Paxlovid sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Paxlovid perlu dimulakan dalam tempoh lima (5) hari bergejala untuk berkesan mengurangkan gejala dan mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

High-risk groups infected with COVID-19 are advised to go to the nearest Health Clinic immediately even if they experience mild symptoms to get a health assessment and antiviral Paxlovid treatment if they meet the criteria.
Paxlovid should be initiated within five (5) days of symptoms for effectiveness to alleviate symptoms and prevent the disease from worsening.
Soalan 10 : Perlukah saya mengambil sijil cuti sakit (MC) sebagai bukti pengasingan (isolasi) untuk COVID-19?
Question 10 : Do I need to get a medical certificate (MC) as proof of isolation for COVID-19?
Sijil cuti sakit (MC) tambahan tidak perlu diambil, memadai dengan sijil digital HSO yang diberikan di MySejahtera kerana ianya sah laku di bawah Akta 342. Perlu diingatkan kepada orang ramai untuk menyimpan sijil digital HSO secara tangkap layar atau ‘screenshot’ bagi tujuan bukti pengasingan (isolasi) untuk COVID-19.

A medical certificate (MC) is not required in addition to the HSO digital certificate given on MySejahtera because the HSO is valid under Act 342. The public is urged to save the screenshot of the HSO digital certificate as proof of COVID-19 isolation.
Soalan 11 : Apakah yang perlu dilakukan sekiranya majikan tidak menerima HSO dan menolak cuti tahunan?
Question 11 : What should be done if the employer does not accept the HSO and uses the annual leave instead?
Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO kerana ianya adalah sah laku di bawah Akta 342. Mengikut Seksyen 60E (1B) Akta 1955, pekerja yang diberi perintah kuarantin atau perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan sepanjang tempoh berkenaan. Majikan yang gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.

All employers are urged to accept the HSO digital certificate because it is valid under Act 342. According to Section 60E (1B) of the Employment Act (1955), employees who are given a quarantine order or a supervision and observation order at home, cannot be forced to use annual leave during the given period. Employers who fail to comply with the guidelines in handling issues related to the spread of COVID-19 in the workplace, particularly involving quarantine orders, sick leave and lay off may be punished under the Employment Act (1955).
Soalan 12 : Adakah saya perlu mengambil vaksinasi dos penggalak COVID-19?
Question 12 : Do I need to take a COVID-19 booster dose?
Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian, terutama bagi golongan berisiko tinggi.
Kerajaan tidak mewajibkan mana-mana individu untuk mengambil dos primer atau dos penggalak. Namun, individu berisiko tinggi iaitu warga emas lebih daripada 60 tahun, individu dengan komorbid, obesiti, serta kumpulan khas seperti individu yang mengalami keadaan imun rendah, ibu mengandung, dan kakitangan kesihatan barisan hadapan disarankan untuk mengambil dos penggalak tambahan selepas 6 - 12 bulan daripada dos terakhir.

The public is encouraged to get the primary dose and the booster dose of the COVID-19 vaccine at the Health Clinic to reduce the risk of transmission, morbidity, and death especially among high-risk groups.
The Government does not make it mandatory for any individual to take the primer dose or booster dose. Nevertheless, high risk individuals such as the elderly above 60 years old, individuals with co-morbidities, obesity, as well as special groups such as individuals who are immunocompromised, pregnant mothers, and frontline health care workers are recommended to take an additional booster dose after 6 – 12 months from the last dose.
Soalan 13 : Adakah saya boleh mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 yang ketiga, keempat dan seterusnya sekiranya sudah lebih 6 – 12 bulan daripada dos terakhir saya?
Question 13 : Can I take the third, fourth and subsequent booster doses of COVID-19 vaccine if it is already more than 6 – 12 months since my last dose?
Dimaklumkan bahawa dasar pemberian dos penggalak tambahan di Malaysia pada masa kini adalah sehingga dos penggalak kedua sahaja.

At the moment, the policy in Malaysia for administration of additional booster doses is up to the second booster dose only.
Soalan 14 : Adakah pemakaian pelitup muka diwajibkan?
Question 14 : Is it mandatory to wear a face mask?
Pemakaian pelitup muka DIKEHENDAKI bagi kes positif COVID-19 dan individu (pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan) ketika berada di fasiliti kesihatan (hospital, klinik, pusat jagaan warga emas) yang mana akan berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
Walaupun tidak diwajibkan, pemakaian pelitup muka AMAT DIGALAKKAN kepada individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik. Individu yang bergejala respiratori juga amat digalakkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

The use of face masks is REQUIRED for positive cases of COVID-19 and individuals (visitors, patients, caregivers, and health personnel) in health facilities (hospitals, clinics, elderly care centers) when they are facing, interacting with, or treating patients.
Although not mandatory, the use of face masks is HIGHLY ENCOURAGED for high-risk individuals such as the elderly, individuals with chronic diseases, immunocompromised or pregnant mothers, especially when in crowded places and where ventilation is poor. Individuals with respiratory symptoms are also highly encouraged to wear face masks to prevent infection to others.
Soalan 15 : Adakah Malaysia akan menyekat kemasukan pelancong dari negara China?
Question 15 : Will Malaysia restrict the entry of tourists from China?
Pada masa ini, tiada sekatan yang dikenakan kepada mana-mana pelancong untuk masuk ke Malaysia berdasarkan pemantauan kes COVID-19 yang masih dalam keadaan terkawal.
Peningkatan kes penyakit respiratori, termasuk radang paru-paru (pneumonia) dalam kalangan kanak-kanak di China sejak pertengahan bulan Oktober 2023 adalah disebabkan pelbagai patogen yang diketahui seperti bakteria Mycoplasma pneumoniae, virus influenza, Respiratory Syncytial Virus (RSV), Adenovirus dan COVID-19. Setakat ini, tiada bukti bahawa terdapat patogen baharu. Pihak berkuasa kesihatan China juga melaporkan bahawa tiada tanda dan gejala luar biasa yang ditemui.
Berdasarkan penilaian risiko Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan data yang sedia ada, dapat dirumuskan bahawa peningkatan kes penyakit respiratori di China pada masa ini dikaitkan dengan patogen yang diketahui dan biasa ditemui di rantau ini, dan tiada kejadian penyakit pneumonia misteri seperti yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pejabat Kesihatan Daerah Khusus Ibukota Jakarta juga telah melaporkan kes pneumonia dalam kalangan kanak-kanak yang disebabkan Mycoplasma pneumoniae pada awal Disember 2023. Penyakit ini bukan baharu atau penyakit misteri, dan sering ditemui dalam kalangan kanak-kanak umur persekolahan.

Currently, there are no restrictions imposed on any tourists to enter Malaysia based on the monitoring of COVID-19 cases which are still under control.
The increase of respiratory disease cases, including pneumonia among children in China since mid-October 2023 is due to known pathogens such as the bacteria Mycoplasma pneumoniae, influenza virus, Respiratory Syncytial Virus (RSV), Adenovirus and COVID-19. So far, there is no evidence that there is a new pathogen. The Chinese health authorities have also reported that there are no unusual signs and symptoms.
Based on the risk assessment by the World Health Organization (WHO) and the available data, it can be concluded that the increase in respiratory cases in China currently is related to known pathogens which are circulating in this region, and there is no mysterious pneumonia such as reported by irresponsible parties.
The Daerah Khusus Ibukota Jakarta Health Office have also reported cases of pneumonia in children due to Mycoplasma pneumoniae in early December 2023. The disease is not a new or mysterious one, and are commonly found in school-age children.
Soalan 16 : Apakah langkah-langkah pencegahan untuk jangkitan respiratori termasuk COVID-19, influenza dan mycoplasma pneumoniae?
Question 16 : What are the measures to prevent respiratory infections including COVID-19, influenza and mycoplasma pneumoniae?
Bagi mencegah penyakit respiratori yang boleh menyebabkan pneumonia dan komplikasi lain, adalah dinasihatkan untuk memakai pelitup muka di tempat yang sesak, mengamalkan etika batuk yang baik, cuci tangan dengan kerap, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, memastikan pengudaraan yang baik, dan mengambil vaksin bagi penyakit yang mempunyai vaksin seperti COVID-19 dan influenza.

To prevent respiratory infections which can cause pneumonia and other complications, is is advisable to wear a face mask in crowded places, practice good cough etiquette, wash hands frequently, take care of personal and environmental hygiene, ensure good ventilation and get vaccinated for diseases which have a vaccine such as COVID-19 and influenza.
Soalan 17 : Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil apabila melancong ke luar negara?
Question 17 : What are the precautionary measures to be taken when travelling overseas?
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika melancong ke luar negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain. Pakai pelitup muka ketika berada di tempat yang sesak, dan jaga kebersihan diri. Sekiranya bergejala, pakai pelitup muka ketika keluar, elakkan pergi ke tempat tumpuan orang ramai dan elakkan interaksi bersemuka dengan golongan berisiko tinggi.

You are advised to take precautionary measures when travelling overseas to prevent COVID-19 and other respiratory infections. Wear a face mask when you are in a crowded place and take care of your personal hygiene. If you have symptoms, wear a face mask when you go out, avoid places where people gather and avoid face-to-face interactions with high risk groups.
Soalan 18 : Apakah yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19?
Question 18 : What is causing the increase in COVID-19 cases?
COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Peningkatan kes dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti aktiviti perkumpulan orang ramai terutamanya semasa musim perayaan, kelonggaran pelbagai sekatan yang telah dikuatkuasakan semasa pandemik dan penurunan tahap imuniti yang diperolehi daripada jangkitan lampau dan daripada vaksin selepas 6 ke 12 bulan.
Kes juga telah menunjukkan peningkatan pada bulan Mei 2023. Maka, perkara ini adalah dijangkakan dan akan berlaku lagi pada masa hadapan.

COVID-19 will remain with us. The increase in cases from time to time is expected. This is because of a few factors such as people gathering especially during festive season, the loosening of various restrictions that were enforced during the pandemic and the reduction in immunity levels, both from natural immunity and from vaccination after 6 to 12 months.
There was also an increase in cases in May 2023. Therefore, this increase is expected and will occur again in the future.
Soalan 19 : Adakah terdapat sebarang kebimbangan mengenai kenaikan kes COVID-19 pada masa ini?
Question 19 : Is there any worry about the current increase in COVID-19 cases?
Walaupun peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti keshatan sedia ada. Berbanding dengan keadaan semasa gelombang Delta pada pertengahan tahun 2021, majoriti daripada kes COVID-19 sekarang adalah bergejala ringan dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.

Although an increase in COVID-19 cases has been recorded, the situation is under control and not burdening our existing health facilities. Compared to during the Delta wave in mid-2021, the majority of COVID-19 cases now have mild symptoms and do not require admission to hospital.
Soalan 20 : Adakah terdapat sebarang kebimbangan tentang varian COVID-19 baharu yang muncul?
Question 20 : Is there any worry about the emergence of new COVID-19 variants?
Virus SARS-CoV-2 adalah virus RNA yang sering mengalami mutasi, namun sejak awal tahun 2022 sehingga kini, varian yang dominan adalah varian Omicron. Pelbagai sub-varian baharu varian Omicron telah ditemui, termasuk XBB, BA.4, BA.5, BA1.16, dan BA2.86, tetapi tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan disebabkan mana-mana sub-varian setakat ini. Kita tidak bimbang sekiranya virus SARS-CoV-2 mengalami perubahan kecil yang boleh menyebabkan ia lebih mudah berjangkit, asalkan ia tidak menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

The SARS-CoV-2 virus is an RNA virus that constantly undergoes mutations, however since early 2022 until now, the dominant variant is Omicron. Various new sub-variants of Omicron have been detected, including XBB, BA.4, BA.5, BA1.16 and BA2.86, but there have been no changes in the clinical presentation and severity caused by any sub-variants at the moment. We are not worried if the SARS-CoV-2 virus undergoes small changes that can cause it to be more transmissible, as long as it does not cause more severe disease.
Soalan 21 : Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat situasi COVID-19?
Question 21 : How can we obtain information about the COVID-19 situation?
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat situasi COVID-19 daripada sumber yang sahih seperti Portal KKMNOW (https://data.moh.gov.my), Kenyataan Media daripada YB Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan serta Media Sosial rasmi KKM.

The public can obtain information on the COVID-19 situation from verified sources such as the KKMNOW portal (https://data.moh.gov.my), media statements from the Honourable Minister of Health and the Director General of Health as well as KKM's official social media.
Soalan 22 : Kenapa data COVID-19 di KKMNOW tidak dikemaskini setiap hari?
Question 22 : Why is the COVID-19 data in KKMNOW not updated daily?
Sejak beralih ke Fasa Peralihan Endemik dan mengambil kira situasi COVID-19 yang terkawal, data berkenaan COVID-19 di portal KKMNOW hanya dikemaskini setiap minggu.
Walaubagaimanapun, KKM akan sentiasa memaklumkan situasi terkini COVID-19 dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya kepada orang ramai jika perlu.

Since entering the Transitioning to Endemic Phase and taking into account the COVID-19 situation that is under control, data on COVID-19 in the KKMNOW portal is only updated weekly.
Nevertheless, Ministry of Health will always inform the latest COVID-19 situation and any relevant matters to the public when there is a need.
Disediakan oleh:
Pasukan Komunikasi Risiko
CPRC Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Prepared by:
Risk Communication Team
National Crisis Preparedness and Response Center
Ministry of Health Malaysia