Pelawaan Menjadi Sukarelawan Bagi Menyertai Kajian Klinikal Vaksin COVID-19 Fasa III
Setakat hari ini, sebanyak 89% daripada sukarelawan yang menyertai kajian klinikal vaksin COVID-19 fasa III di bawah tajaan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) telah menerima dos pertama vaksin atau plasebo ini.
Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi untuk terlibat dalam kajian klinikal ini. Sumbangan anda kepada pembangunan vaksin COVID-19 amatlah dihargai dalam usaha memerangi pandemik ini.
Kepada mereka yang berminat, penyertaan sebagai sukarelawan masih dibuka bagi tiga buah tapak kajian klinikal iaitu di Pulau Pinang, Ipoh dan Sungai Buloh. Anda boleh hubungi hospital terlibat melalui Whatsapp untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
Rujuk : FB KKM