Penglibatan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) Bagi Memaksimumkan Akses Pengagihan Vaksin
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah bersetuju melibatkan Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat. Penglibatan GP ini adalah bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 dan Fasa 3.
Bagi tujuan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebagai pelaksana penglibatan GP dalam PICK. ProtectHealth diperbadankan pada 2016 di bawah KKM sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan.
GP yang berminat untuk terlibat dalam PICK bagi Fasa 2 dan 3, perlu berdaftar dengan ProtectHealth bermula 8 Mac 2021 melalui laman web www.protecthealth.com.my.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Rujuk : FB KKM