Kluster PUI Sivagangga dan Sentosa

Kluster PUI Sivagangga dan Sentosa

Kluster PUI Sivagangga menjadi tumpuan masyarakat hari ini. Ini adalah kerana, kes import dari kluster ini tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Setakat 3 Ogos, 21 orang telah disahkan positif dari Kluster PUI Sivagangga. Kes indeks adalah pemilik kedai makan yang balik ke Malaysia dari India tetapi melanggar HSO. Akibatnya, 4 pekerjanya, seorang ahli keluarga terdekat dan tiga rakyat tempatan dijangkiti. Ahli keluarga dua rakyat tempatan itu juga telah disahkan positif.Pengesanan kes aktif masih giat dijalankan dan dijangka bilangan yang positif terus bertambah. Kerajaan Kedah juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran melibatkan empat mukim dan empat sekolah diarah tutup serta merta bagi membendung penularan penyakit itu.

Satu lagi kluster, Kluster Sentosa di Kuching, turut mendapat tumpuan. Kes ini tiada kaitan ingkar HSO tetapi melibatkan kakitangan dan fasiliti kesihatan KKM dan kes penularan tempatan yang terbesar, dalam waktu terdekat ini. Setakat ini, 31 disahkan positif dan tiga kes terakhir dikesan pada 28 Julai lalu. Kes indeks adalah rakyat tempatan dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Hospital ini telah ditutup kepada orang awam dan semua pekerja kesihatan dan bukan kesihatan dikuarantin dalam hospital dan pengesanan kes aktif dijalankan.

Lindungi diri anda dengan mengamal langkah pencegahan setiap masa. Jika boleh, elak tempat sesak. Jika berada di satu-satu tempat awam, jarak fizikal sekurangnya 1 meter dan pakai pelitup muka di tempat yang diwajibkan. Kerap basuh tangan walaupun tidak makan atau menggunakan tandas. Jika tiada keperluan untuk keluar, tinggallah di rumah untuk elak risiko jangkitan.

Next Post Previous Post