COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

TATACARA PENGENDALIAN DATA PERIBADI OLEH PREMIS PERNIAGAAN

OLEH JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI, KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

1.1 Susulan daripada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2020 (Jumaat) bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilaksanakan bermula dari 4 Mei 2020 (Isnin), semua premis perniagaan dalam sektor perniagaan yang terpilih boleh mula beroperasi tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Antaranya adalah catatan nama, nombor telefon serta tarikh dan masa kehadiran pengunjung/ pelanggan bagi tujuan pengesanan kontak sekiranya diperlukan kelak.

1.2 Terdapatnya kegusaran dalam kalangan pengunjung/ pelanggan premis-premis perniagaan ini terhadap aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi (nama dan nombor telefon).